BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selamat hari guru buat semua insan bergelar GURU"
coretan ini bagi mengisi ruang masa yang terluang untuk di kongsi bersama.
Sunday, May 15, 2011
Sunday, May 8, 2011
Memori Karnival Sains 2011 di SMKGPI
Salam...
Pada minggu lepas cikgu bersama beberapa guru sains yang lain telah membawa pasukan sekolah menyertai pertandingan2 sempena karnival sains.. Cikgu membawa pasukan solar boat, manakala cikgu Noorhan membawa pasukan roket dan Cikgu Rozita n Cikgu Wan Aminuriha membawa pasukan EEC.... Walaupun tidak pulang dengan kedudukan emas, perak @ gangsa.. At least sekolah kita berada around top 10 daripada 35 buah sekolah bertanding.. Tahniah !!
Okeylah, cikgu masukkan beberapa pics. untuk tatapan u olls...
p/s: jangan lupa ulangkaji..
Subscribe to:
Posts (Atom)