coretan ini bagi mengisi ruang masa yang terluang untuk di kongsi bersama.
Sunday, December 25, 2011
Blog bakal berhijrah...
Erm.. macam mana nak mulakan yer.. Okeylah, diringkas kan cerita mulai 1 Januari 2012 blog ini akan ditukarkan kepada nama baru (belum lagi difikirkan nama apa). Kenapa?? Nama Blog Pusat Sumber SMKKS tidak lagi sesuai kerana cikgu akan menamatkan perkhidmatan di SMKKS pada 31 Dec 2011 (Huhuhu...) dan mulai 1 Jan 2012 akan mula bertugas di SMK.Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang...
Jawatan disekolah baru belum cikgu ketahui kerana mesyuarat guru akan bermula pada 28 Dec 2011, jadi buat masa ini cikgu masih dalam teka teki.. Buat semua pelajar SMKKS, cikgu minta ampun dan maaf jika selama ini teguran dan nasihat cikgu membuatkan anda tersinggung dan berkecil hati.. Tapi percayalah, segala teguran dan nasihat itu adalah kerana cikgu sayangkan anda semua, kalau cikgu tak sayang memang cikgu tak ambil peduli... Namun naluri seorang guru, pendidik biasalah, MARAH TAPI SAYANG..
Jadi selepas ini, jika terserempak cikgu di mana-mana, jgn malu nak menyapa/menegur.. okey..
Salam sayang buat semua..Wassalam..
Friday, October 14, 2011
Lawatan Sambil Belajar Melaka-KL pada 31/10-1/11/2011
Kepada semua pustakawan tingkatan 1,2,3,4 dan peserta lawatan.
Sila buat bayaran deposit RM30 pada minggu hadapan. Jika ada yang bermasalah, sila berhubung dengan Pn. Mimi @ Cik Nurdiyana. Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai lawatan di atas, sila berikan nama anda secepat mungkin... Tempat adalah terhad.
Tempat: Bandaraya Melaka & Kuala Lumpur
Tarikh: 31 Oktober - 1 November 2011
Bayaran: RM 90 (Pustakawan)
RM100 (Bukan Pustakawan)
Monday, September 5, 2011
Bengkel Mengoptimum Penggunaan & Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK Dalam PNP 2011
Rasanya tak terlambat lagi untuk cikgu mengucapkan selamat hari raya, Cikgu mohon maaf kerana tidak dapat berada di PSS pada 6-8 Sept 2011 ini kerana cikgu terpaksa hadir ke bengkel di BTPN Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, segala urusan berkaitan PSS, Pusat Akses dan Bilik Audio akan di pangku oleh Cikgu Nurdiyana, Cikgu Zaiton dan Cikgu Rozita... Bagi pelajar-pelajar kelas 3Elit dan 3Pintar, jangan lupa siapkan kertas Trial PMR SPB 2011 dan Homework raya yang dah diedarkan, okey.. Jangan malas-malas dan bertangguh kerja.. PMR is just around the corner guys...
Salam sayang dari cikgu di BTPN Pokok Sena...
p/s: jangan lupa simpan biskut raya untuk sambutan raya peringkat PSS 2011, orait!
Wednesday, August 24, 2011
Salam Aidil Fitri Buat Semua...
salam...
Dah dekat sebulan blog ini terbiar tanpa terusik, akhirnya dalam kesibukan kerja dan menjalani ibadah puasa sempat jugak cikgu mencuri ruang hari ini untuk mengemaskini blog. Diruangan ini cikgu dan semua ajk PSS ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri buat semua pengunjung laman ini.. Isikan roh aidilfitri dengan perkara yang berfaedah seperti menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara, jangan lupa saling bermaafan antara satu sama lain..
Cikgu minta maaf kerana tak dapat jemput para pelajar beraya di rumah kerana cikgu balik kampung di Terengganu setiapkali aidilfitri.. InsyaAllah kita beraya di peringkat sekolah ajelah yer.. Bagi pustakawan pula, jangan lupa buat biskut raya banyak-banyak kerana kita akan buat jamuan raya peringkat PSS...
Akhir kata, sepanjang cuti ini janganlah di isi dengan perkara negatif seperti merempit, bermain mercun dan berpeleseran di pusat membeli belah... Jadikan aidilfitri sebagai platform untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah... Wassalam..
Wednesday, August 3, 2011
Santapan Rohani...
Beberapa kebiasaan Rasulullah SAW dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah :
1. Memperbanyak sedekah.
2. Memperbanyak membaca Al Qur`an.
3. Mengakhirkan waktu sahur.
Sahur adalah sunnah, baik itu dalam puasa sunnah ataupun wajib. Sunnah dalam sahur adalah mengakhiri waktunya.
4. Memperbanyak solat malam.
Melakukan solat malam ( sholat tahajjud / sholat tarawih ).
5. Iktikaf
Iktikaf bermakna diam, tinggal atau mengurung diri di suatu tempat tertentu. Secara syariat, iktikaf adalah diam dan tinggalnya seorang muslim dalam keadaan suci di masjid. Tujuannya beribadah dengan disertai niat.
6. Menghidupkan sepuluh malam terakhir.
Menghidupkan sepuluh malam terakhir adalah beribadah, baik itu dengan solat malam, membaca Al-Quran ataupun dengan berzikir dan berdoa. Dikhususkan waktu sepuluh hari terakhir kerana hari-hari itu telah mendekati berakhirnya bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh berkah.
Nabi Muhammad SAW ingin mengakhiri bulan Ramadhan dengan beribadah sungguh-sungguh sebelum bulan itu berlalu.
Selain itu [ada sepuluh hari terakhir ini adalah waktu yang bertepatan dengan turunnya Lailatul Qadar ( malam kemulian ).
7. Bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar .
Lailatul Qadar artinya malam kemulian, iaitu malam diturunkannya Al Qur`an. Malam ini lebih baik dari seribu bulan atau delapan puluh tiga tahun beberapa bulan.
Tuesday, June 28, 2011
Lawatan PSS ke Cameron Highland 22-23 Jun 2011
rumah tokey sayur di Cameron.. fuhh kaya betul..
Monday, June 13, 2011
Hari Kokurikulum 2011
Agak lama jugak cikgu tidak mencatat sesuatu di blog ini.... hinggakan nak log in admin tadi pun terlupa username dan password, punyalah cuti sakan semasa cuti sekolah pertengahan tahun.
Rasanya semua dah tahu bahawa Hari Kokurikulum SMKKS akan diadakan pada 25.06.2011 (sabtu depan). Semua pelajar diwajibkan hadir. Pelbagai pameran dan menarik telah disusun atur sejak dari awal lagi oleh para guru bagi memeriahkan majlis. Pameran juga disertai oleh pihak luar seperti Bomba, Polis, dan pelbagai lagi..
Lebih meriah lagi, pada waktu malam pula akan di adakan forum perdana dan selingan nasyid Rabbani.. Ni kumpulan Rabbani real tau, bukan ciplak.. Tak lupa juga, akvititi cabutan bertuah untuk semua pengunjung.. Jadi datanglah beramai-ramai ke Hari Kokurikulum SMKKS 2011..
'Hiburan Mendidik Nurani-Rabbani"
Sunday, May 15, 2011
Selamat Hari Guru Buat Semua Teman Seperjuangan..
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selamat hari guru buat semua insan bergelar GURU"
Sunday, May 8, 2011
Memori Karnival Sains 2011 di SMKGPI
Salam...
Pada minggu lepas cikgu bersama beberapa guru sains yang lain telah membawa pasukan sekolah menyertai pertandingan2 sempena karnival sains.. Cikgu membawa pasukan solar boat, manakala cikgu Noorhan membawa pasukan roket dan Cikgu Rozita n Cikgu Wan Aminuriha membawa pasukan EEC.... Walaupun tidak pulang dengan kedudukan emas, perak @ gangsa.. At least sekolah kita berada around top 10 daripada 35 buah sekolah bertanding.. Tahniah !!
Okeylah, cikgu masukkan beberapa pics. untuk tatapan u olls...
p/s: jangan lupa ulangkaji..
Wednesday, April 27, 2011
Pelancaran Hari Buku & Hakcipta Sedunia peringkat sekolah
Salam,
Sibuk sungguh kita semua pada minggu lepas yer.. Mula-mula hari anugerah then pelancaran sekolah lestari... Dalam semua pelajar meneruskan pelajaran seperti biasa, cikgu-cikgu (me too) pula telah mula bertungkus lumus menaip dan menyediakan soalan peperiksaan pertengahan tahun.. Haaa... jangan buat-buat lupa, exam is just around d corner... nanti cikgu upload tarikh2 exam yer...
Oppsss.. sebenarnya cikgu nak beritahu tentang event sepanjang minggu sempena Hari Buku yang dilancarkan pada 25 April 2011 (isnin lepas) kat tapak perhimpunan.. Ok, sepanjang minggu ini PSS mengadakan pertandingan melukis poster bertemakan buku (utk form 1,2,3 sahaja), pertandingan storytelling (untuk form 4,5), pertandingan count the books in the box (terbuka) dan pameran & jualan buku peringkat sekolah.. Cikgu harap semua pelajar dapat menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan itu.. Jika perlukan maklumat lanjut, bolehlah berkunjung ke PSS untuk bertanya cikgu2 PSS orait..
Bab yang paling best, semua pemenang pertandingan akan menerima hadiah di perhimpunan.. Apa hadiahnya??? Tungggguuuuu.... Yang pastinya, PSS sentiasa tidak menghampakan anda semua... Dan jangan lupa, hadiah cabutan untuk pengunjung bertuah bulanan masih menanti anda... Begitu juga hadiah ganjaran program Nilam dihujung tahun nanti (banyakkan rekod bacaan tau!) Semuanya menanti anda... Yang penting, kena rajin berusaha...
Okaylah, dah panjang lebar cikgu menulis, akhir kata, semailah tabiat membaca walaupun bermula dengan sehelai pembungkus nasi lemak... :)
wassalam...
Sunday, April 24, 2011
Friday, April 22, 2011
Berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan....
Salam....
Sejak dua minggu lepas cikgu tak sempat nak mencoretkan sesuatu di blog PSS ini, bukan kerana malas tetapi kekangan masa untuk memberikan persediaan dan persiapan rapi bagi hari ini (hari anugerah kecemerlangan sekolah)... Cikgu di amanahkan sebagai ketua JK hadiah dan sijil, tetapi cikgu terpaksa lantik cikgu Waheeda sebagai ketua JK sijil, memandangkan kedua-dua tugas tersebut agak berat.. TQ cikgu Waheeda yang sanggup bersama-sama memikul tugas ini.. Kami dibantu oleh cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah lain juga dalam proses menyediakan hadiah ini.. So, sekali lagi terima kasih kepada cikgu Nurdiyana Abdullah, Nurdiana Salim, Vanitha, Site Nurhudah, Noraslina Rashid, Siti Zanariah dan Norazela (pembantu makmal) yang bergelumang membalut hadiah, menyusun atur hadiah dan pelbagai lagi...
Tak lupa juga buat u all, para students yang memberikan kerjasama dan ringan tulang membantu kami sepanjang program ini.. TQVM..
Bagi pelajar yang berjaya merangkul anugerah Zaaba, Tun Sri Lanang, Aminuddin Baki, Perdana Tilmiz dan bermacam lagi, TAHNIAH! Teruskan kecemerlangan anda.. Bagi yang belum berjaya, teruskan berusaha dan berusaha dan berusaha... Peluang sentiasa ada bagi orang yang rajin berusaha... syaratnya: RAJIN....
Sebelum cikgu berhenti menaip cikgu nak ucapkan " Selamat Hari Bumi Sedunia" pada hari ini 22 April setiap tahun. Jagalah bumi kita, kalau bukan di sini, di mana lagi kita boleh hidup?? Ambillah beberapa saat dalam hidup kita untuk menyelamatkan bumi, kadangkala perkara yang kecil pun, boleh memberi impak yang besar jika semua bertanggungjawab...
I Love Green...
Sunday, April 10, 2011
Lawatan Jemaah Nazir & Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah
Minggu hadapan adalah minggu yang agak sibuk bagi semua warga SMKKS memandangkan kita semua akan menghadapi 2 event serentak.. Hebatnya sekolah kita yer... So, cikgu nak ingatkan bahawa kita akan menerima lawatan dan pemantauan (risaunya...) daripada pihak nazir dari Putrajaya pada 11,12 dan 13 April..
Selain daripada itu, kita juga akan menjadi tempat berlangsungnya pertandingan kawad kaki peringkat daerah pada 12 dan 13 April. Cikgu harap semua pelajar menunjukkan sikap dan disiplin yang terbaik yang kita amalkan selama ini... Tunjukkan rasa hormat dan adap sopan kita terhadap tetamu yang berkunjung ke sekolah kita..Jangan pula adap yang disemai sepanjang minggu orientasi hilang begitu sahaja..
"Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga."
Salam sayang dari cikgu..
Wednesday, April 6, 2011
PERTANDINGAN LAMAN WEB SEKOLAH 2011
Salam...
Cikgu ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua ajk unit ICT kerana berjaya meraih tempat saguhati dalam Pertandingan Laman Web Sekolah 2011 sempena Bazar Buku Peringkat Pulau Pinang... Buat semua guru ict dan juruteknik ICT serta sokongan para pentadbir, usaha kita semua mula membuahkan hasil.. Semoga penghargaan ini dapat dijadikan platform untuk kita menjadi lebih baik dan cemerlang.. Apapun, pusat sumber dan warga sekolah yang lain tumpang berbangga atas kejayaan ini. TAHNIAH!
P/S: jenguklah ke http://www.smkkampungselamat.edunet.my/
Monday, April 4, 2011
Pertandingan Imitasi Kulit Buku 2011
Sunday, March 20, 2011
Lawatan Informatif Pustakawan 2011
Salam,
Kepada semua pustakawan yang berminat mengikuti lawatan ke Cameron Highland (2d1n), sila berikan nama, alamat rumah, no.kp dan no. tel waris anda kepada cikgu sepanjang minggu ini dan minggu hadapan. Tarikh tutup 28.3.2011. First come first serve, ok...
Wassalam..
Saturday, March 19, 2011
Majlis Anugerah Program Nilam 2010
Salam...
Cikgu ucapkan tahniah buat yang berjaya mencapai tahap emas, perak dan gangsa tahun lepas. Jangan berhenti setakat ini, teruskan mengejar Anugerah Nilam. Yang lain, peluang terbuka luas untuk anda semua.. Jom ke PSS sekarang, bak kata pepatah inggeris, "a journey of thousand miles begin with a single step"..
p/s: pastikan poster pink nilam di tampal di kelas masing-masing..
wassalam...
Thursday, March 17, 2011
Pelancaran Program Nilam 2011
Pada 11.03.2011 (Jumaat) PSS telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Nilam beserta Penyerahan Watikah Pelantikan Pustakawan dan Perasmian Website Sekolah. Ketiga-tiga majlis ini disempurnakan oleh En. Saadan (Pegawai JPN). Terima Kasih di atas kerjasama semua AJK PSS (Cg. Rozita, Cg. Zaiton, Cg. Nurdiyana & Cg. Vanitha) dan Cg. Rosli (Siaraya) serta semua rakan guru yang lain.. Semoga usaha kecil kita semua mendapat manfaat yang besar kepada anak didik.
Bagi semua pustakawan 2011 yang telah menerima amanah yang diberi, cikgu harap tahun ini lebih cekap, produktif dan efektif berbanding tahun sebelumnya.. Gambar sekitar majlis akan cikgu upload kemudian.. Harap bersabar ye..
Untuk para pelajar SMKKS, jangan lupa berkunjung ke PSS, hadiah pengunjung bertuah bulanan masih menanti anda!
p/s: hebahkan blog ini kepada rakan-rakan yang lain ye.. :)
Wassalam..
Tahun Baru 2011
Salam...
Selepas setahun memegang amanah sebagai GPM, pelbagai buku dirujuk, pelbagai kursus di hadiri, bermacam website ku goole untuk memastikan ilmu di dada mencukupi dan selayaknya untuk menggalas tugas ini... Alhamdulillah kini boleh lah bernafas lega sedikit (tak banyak lagi). Bukan sebab ilmu ada sedikit, sebabnya tahu apa yang perlu di buat... Bukan mudah memegang amanah kerana kelak di tanya olehNya...
Sekadar ingatan buat diri sendiri...Wassalam..