Selamat datang ke blog ini..
coretan ini bagi mengisi ruang masa yang terluang untuk di kongsi bersama.

Monday, April 4, 2011

Pertandingan Imitasi Kulit Buku 2011

Salam buat semua pengunjung blog PSS.... Agak lama jugak cikgu tak menaip di blog ini, rindu rasanya. Bukan apa, cuma selama ni blog ini sedang dikemaskini oleh x-student smkks (TQ Sharifuddin). Ada sesetengah item yang cikgu kurang pandai dan mahir maka cikgu terpaksa minta bantuan dan bertanya padanya... Barulah kita cepat pandai... Ilmu di dunia, semakin di cari semakin banyak yang kita belum pelajari sebenarnya.. So, don't stop learning students ... Okeylah, sebenarnya cikgu nak tunjukkan beberapa hasil kreativiti pelajar-pelajar semasa Pertandingan Imitasi Kulit Buku Peringkat Pemilihan.. Aktiviti ini diadakan pada: 24.03.2011 (Khamis) mulai jam 11.00-1.50 tengahari di PSS sekolah. Semua peserta berbakat dan sukar untuk cikgu pilih yang terbaik untuk mewakili sekolah ke pertandingan sempena pesta buku Pulau Pinang...Walaubagaimanapun, cikgu dan guru-guru pss yang lain telah bersepakat untuk memilih dua orang pelajar iaitu : Eng Soek Nee dan Goh Hui Qing dari ting.4 Cemerlang dan 4 Cendekia... Semasa hari pertandingan, sebanyak 26 buah sekolah menyertainya (lebih kurang 51 orang peserta) pada 4 April 2011, Isnin pada jam 9.00-12.00 tengahari.. Kami bertiga (cikgu+students) dijamu nasi ayam..terima kasih BTPN.. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang tempat, namun pengalaman dan semangat perjuangan SMKKS itulah yang paling berharga.. Bagi cikgu, kekuatan dan keberanian untuk bertanding sudah cukup menjadikan kita sebagai JUARA !

No comments:

Post a Comment